30 Perkara Perempuan Tak Sempat Cakap Pada Lelaki

2012-08-09 § 0


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


source : http://www.myberita.com/30-perkara-perempuan-tak-sempat-cakap-pada-lelaki/

Mudir Pondok Pasir Tumboh (Kini)- 2012

2012-07-23 § 0



note : I suddenly bum into this page and found about one of my Ustaz@’Tok Guru’(even he’s my Mudir right now). I wish to share something about him. so, here it is :

Ulama’ yang ikhlas & beramal dengan ilmunya makin lama makin tunduk.Seperti resam padi,makin berisi makin tunduk.Itulah ulama’,depa tak berbangga dengan ilmu yang depa ada malah depa cukup tawadhu’.Kali ni saya nak kongsikan perihal Tok Guru Hj Wan Muhammad Wan Othman (Mudir Pondok Pasir Tumboh,Kota Bharu,Kelantan) sekarang yang menggantikan Tok Guru Hj Hashim Abu Bakar (Ayoh Sin) yang telah pun kembali ke rahmatullah pada 30 Ogos 2011/1 Syawal 1432H lepas.

Tok Guru Hj Wan Muhammad Wan Othman @ Ustaz Mat Tendong   Selalunya orang ramai panggil Tok Guru Hj Wan Muhammad Wan Othman ni dengan panggilan Ustaz Mat Tendong (Tendong adalah nama tempat dalam jajahan Pasir Mas).Setahu saya,Ustaz Mat Tendong ni menuntut ilmu lebih kurang 20 tahun di Pondok Pasir Tumboh dengan tiga orang tok guru iaitu Tok Guru Hj Mustafa Abu Bakar,Tok Guru Hj Abd Aziz Abu Bakar (2 beradik yang mengasaskan Pondok Pasir Tumboh) dan Tok Guru Hj Hashim Abu Bakar (adik ipar kepada 2 tok guru).

   Ustaz Mat Tendong memulakan pengajian pondok beliau di Pondok Tok Selehor,Tumpat pada tahun 1954.Di situ Ustaz Mat Tendong berguru dengan anak murid Tok Selehor selama setahun sebelum berguru dengan menantu Tok Selehor iaitu Tok Guru Hj Awang Hitam.

   Pengembaraan ilmu beliau tak terhenti di situ.Akhirnya pada tahun 1964 Ustaz Mat Tendong memulakan pengajian di Pondok Pasir Tumboh,Kota Bharu,Kelantan.Di pondok ni lah Ustaz Mat Tendong berguru dengan ketiga-tiga orang tok guru besar Pondok Pasir Tumboh sepertimana yang saya dah sebut kat atas tu.Ustaz Mat Tendong ni mendirikan rumah tangga bersama dengan anak Tok Guru Hj Mustafa Abu Bakar dan dikurnikan 4 orang anak.

   Antara peribadi Ustaz Mat Tendong ni beliau tak terlalu menonjolkan dirinya sebagai seorang tok guru.Penampilan terlalu biasa.Kalau di kedai kitab miliknya tu,beliau hanya mengenakan baju pagoda dan kain pelikat.Dalam kedai tu,rajin Ustaz Mat Tendong ni dhobit kitab-kitab.

   Pernah kawan cerita tentang sikap tawadhu’ beliau.Satu hari datang orang luaq ke pondok lalu nak jumpa Ustaz Mat Tendong.Disebabkan penampilan Ustaz Mat Tendong yang terlalu biasa,orang tu tak kenai.Akhirnya orang yang tak kenai Ustaz Mat Tendong ni tanya sendiri kepada beliau sedangkan orang yang dia tanya tu adalah orang yang sebenaq dah.

   ’Pak cik,mana rumah mudir pondok?’,tanya orang tu.
   Ustaz Mat Tendong jawab ‘tu kedai dia.’
   ’Mana orang dia?Tak dak pun.’balas orang tu.
   Ustaz Mat Tendong jawab ‘sat gi dia ada la tu.’

   Hee.Padahal orang tu dah berjumpa dah si mudir pondok tapi disebabkan tak kenai,lalu dia tak tau yang tu la mudir pondok.Ustaz Mat Tendong pun tak jawab yang dia adalah mudir pondok.Akhirnya bila jumpa kat kedai tu,tau la dah sapa mudir pondok.Agak-agak la kan apa reaksi si orang yang nak berjumpa tu kan bila dia tau orang yg dia panggil pak cik tadi tu adalah mudir pondok. ^^,

   Sungguh,beliau cukup tawadhuk.Kalau hajat dari orang ramai,beliau tak hampakan contohnya nak minta buat ayaq tawaq ka,tolong solat hajat ka dsb.

   Doakan Ustaz Mat Tendong terus sihat bagi memimpin Pondok Pasir Tumboh,Kota Bharu,Kelantan yang telah pun menjangkau usia hampir 60 tahun.


sumber: http://amzarazmi.blogspot.com/2012/01/mudir-pondok-pasir-tumboh-kini.html

Ustaz Azhar Idrus Jamming dengan Zizan

2012-01-02 § 0


Ni waktu malam sambutan tahun baru sekitar Dataran Shah Alam anjuran Pakatan Rakyat.
terkejut kot hari tu tengok ustaz boleh main gitar. 
p/s : ustaz pro sebenarnya :)

Ignorance in Politics

2012-01-01 § 0


There's two type in ignorance of politics. It's better to be the first type which is the REAL IGNORANCE which doesn't really have interest in politics issues. But, just don't become the second ignorance of politics which is IGNORANCE FOOL. The one who really doesn't know the real situation but then, butt in to show that as if they know everything and as if their voice need to be heard by other people by showing their foolishness idea and etc.. 

2012

2011-12-31 § 0

semoga tahun ini diri ini lebih mengingati mati. Insha'Allah. aminn..


-To death where we finally go-

Munajat Keampunan. SubhanAllah..

2011-12-13 § 0

Amin..amin..aminn.. Ya Allah. Forgive us..


Published with Blogger-droid v2.0.1