Mencari pasangan memang mudah.
Namun, pasangan yang kebiasaanya mudah dicari ini bukanlah pasangan yang betul-betul sekufu dengan kita.
SEKUFU = SAMA
Sekufu tidak kisah lah dari segi pekerjaan ke, gaji ke, yang penting sekufu .
Sebenarnya sekufu dari segi yang lain ini bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan penting .
Tetapi, masih juga perlu dikatakan penting kerana kebiasaannya pasangan yang tidak sekufu biasanya tidak kekal lama.
Di sini juga apa yang perlu diberi perhatian di dalam bab sekufu ini adalah sama ada sekufukah ? atau layakkah pasangan yang anda pilih itu dengan anda dari segi ibadah dan amalan nya kerana yang menentukan kebahagiaan sesuatu pasangan tersebut di DUNIA AKHIRAT adalah ketaatan dan ketaqwaan kedua pasangan tersebut kepada Allah S.W.T.
Dan sekiranya pula anda bukanlah seseorang yang betul-betul memperjuangkan agamaNya, adakah masih layak anda untuk mencari pasangan yang benar-benar bertaqwa ?
"sesungguhnya laki-laki yang baik itu adalah untuk wanita-wanita yang baik"
InsyaAllah .